N.A.S.I.H.A.T

Assalamualaikum



N.A.S.I.H.A.T.
Memang mudah untuk menyebutnya,tapi bukan mudah untuk menerimanya.
Sesetengah orang susah untuk menerima nasihat orang lain.
Itu semua disebabkan hati yang keras untuk menerimanya.
Akhirnya pergaduhan adalah hasilnya.

Rasulullah S.A.W. ada bersabda;
'Dengarlah nasihat walaupun dari seorang pelacur'
Semua orang berhak memberi nasihat.
Ianya terpualng kepada kita sama ada mahu menerima atau tidak.
Lebih baik jadikan yang baik sebagai pengajaran,manakala yang buruk dijadikan pedoman.

Pada aku,tiada istilah 'jangan kacau tepi kain orang' dalam Islam.
Dalam Islam,kita dikehendaki untuk ingat-mengingat antara satu sama lain.
Tak kisah lah,dari hal kecik hingga yang besar.

Aku juga tidak sempurna.
Tapi aku layak untuk mengingatkan 'kau' tentang apa yang 'kau' dah buat.
Jangan terlalu asyik dengan duniawi,sampaikan perkara lain yang lebih penting 'kau' abaikan.
Orang lain pun bercinta,tapi tidaklah mengabaikan saudara disekeliling.
Itu saja perkara yang aku kurang senang mengenai sikap 'kau'.
Aku sudah menasihati 'kau',tapi 'kau' tiada respon.
Malah,mendiamkan diri.
Terpulanglah pada 'kau'.... 'kau' dah besarkan...boleh fikir mana baik,mana buruk.
Jangan salahkan orang lain yang menegur sikap 'kau'.
Itu kerana mereka peduli tentang 'kau'.
Aku harap 'kau' lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Hal ini kerana,dunia ini kau berkongsi dengan manusia lain.







nkckpckit : Be professional. 

Comments
One Response to “N.A.S.I.H.A.T”
  1. bagi org yg ego memang payah nak dengat nasihat.. tambah2 yang menasihatinya x berpelajaran tinggi mcm dia..

Cikgu PN. Powered by Blogger.