Assalamualaikum
First of all,..minta maaf sangat-sangat coz dah lama tak update blog.. sebab sangat sibuk..
setiap minggu penuh dengan aktiviti. Finally,dapat jumpa gak masa,.
*itupon dah nak cuti Hehe, untuk PN update blog. Dalam masa minggu yang penuh aktiviti ni,dah macam-macam berlaku.
Minggu lepas,iaitu 28 Mac - 31 Mac 2012 telah berlangsungnya Festival Innovation yang bertema "UTMost Imagination"di bawah bahagian CSI (Centre Student of Innovation). Masa ni PN bertugas sebagai Duta Pelajar.
*duta kau haa... tetapi............ sebagai penyambut tetamu saja. Haha. Tak kisahlah kan yang penting terlibat dalam perlaksanaan festival yang besar ni.
Malaysia Hari Ini telah berlintas langsung pada hari Jumaat pagi. Ada lah muka terselit di kamera milik TV3 tu. ^_^ Dan yang paling penting dapat bergambar bersama Mejar Dr. Faiz Khaled,angkasawan kedua selepas Dr. Syed Muzaffar Syukor. Dia sangat peramah yaww....
So,dah sibuk bergambar PN sambung tugas jadi penyambut tetamu. PN jaga pintu masuk dan diminta untuk menampal sticker pada baju pengunjung untuk buat bancian jumlah kedatangan pengunjung yang sebenar. Sangat ramai yang datang,tak menang tangan.
Kebanyakan pengunjung dari sekolah. sebab ??? kebanyakan sekolah mendaftar untuk bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan. ada yang datang dari Utara,Pantai Timur.... Ternyata mereka sangat seronok datang ke festival inovasi ni. banyak benda baru yang mereka boleh perolehi..
Antara inovasi yang wakil UTM telah buat adalah pertandingan inovasi kenderaan. PN tengok pun rasa macam tak sangka yang mereka ni boleh buat inovasi yang menarik dan berguna. Pengunjung yang datang pun boleh mencuba kenderaan yang telah diinovasikan.
Kalau cakap pasal inovasi ni,Fakulti Pendidikan telah memenangi Juara pertandingan rekacipta dan inovasi pada tahun lepas. Mereka ni telah mencipta kenderaan untuk orang kurang upaya. Penciptanya adalah kenalan PN jugak yang merupakan senior PN.
*Dah abis belajar dah.....
Antara booth yang menarik perhatian ramai pengunjung adalah Multi Axis Simulation. macam mana nak cerita ek....?
Benda tu macam permainan pusing-pusing,yang dimana perkara asas kepada angkasawan yang perlu mereka ketahui. PN nak cerita panjang-panjang pun,PN tak tahu. Yang jaga booth tu saja tahu segala information. Tapi yang penting ianya sangat menarik. Kepada yang baru lepas makan,tak digalakkan naik,nanti muntah.
*PN naik tak smpai 1 minit... malu ja... =_='
Rasanya itu saja yang PN boleh cerita mengenai UTMost ni. Sebenarnya banyak lagi,banyak sangat lah nak cerita. HUHU Sesiapa yang rasa nak pergi tu,rasanya tahun depan ada lagi. Manalah tahu lebih menarik. ^_^
nakckpckit : Timba pengalaman join program under universiti