#Internship

Assalamualaikum



Hari ni sudah hari ke-5,kita berpuasa.
Alhamdulillah..
Di bulan puasa ni,dapatlah tambah pahala.
Walau sekecil mana pun amal,pasti ada ganjarannya.
so,selamat beramal. =)

Pejam celik..pejam celik..
Dah seminggu aku menjalani Latihan Industri.
Atau short form nya,. LI.
Apa yang aku dapat sepanjang minggu ni ?
I've got learn new things.
Sangat baru dalam hidup aku.

Yah..
seperti yang orang lain tahu,..
aku merupakan pelajar jurusan pendidikan (Binaan Bangunan)
So..of course lah.. aku menjurus kepada sektor pembinaan.
tapi apakan daya...
kebanyakan syarikat pembinaan menolak permohonan aku.
Atas alasan mereka...

"maaf ye dik..bukan akak tak nak terima..tapi adik bidang pendidikan lah.. kami nak kejuruteraan awam je.."
-_-'

Bukan tu je... termasuklah sebab aku ni perempuan dan mereka tiada projek.

Haih..!
Aku nak merasa dunia industri ni supaya suatu hari nanti..
aku boleh cerita pada student aku mengenai pengalaman aku.
Pengalaman aku di 'site'..berurusan dengan kontraktor..

Nak dipendekkan cerita..
Aku dan sorang kawan aku ni dapat praktikal di luar bidang.
Luar bidang ok ?!!!!!!
Aku telah ditempatkan di bengkel kereta.
Aku ditempatkan di bahagian pengurusan.
See? Jauh dari bidang aku..

Mula-mula tu...
Aku tak dapat terima jugak lah..
Yelah...apa lah aku nak buat dengan perkara yang aku tak pernah belajar ni.
Hampir putus asa jugaklah..Nak hadapi 2 bulan di sini.
Kemudian...entah macam mana..
Ada seorang dari pekerja di tempat aku praktikal ni menasihatkan..
"Mungkin sekarang kita tak nampak kelebihan praktikal di luar bidang ni..
manalah tahu 10 tahun akan datang,kita akan peroleh manfaat tu."
Dan...bertambah lagi keyakinan aku apabila seorang kenalan kawan aku ni...
menyatakan dalam status facebook nya...




"Ketika bertemu dengan seseorang, kamu tidak tahu maksud pertemuan itu.
Ketika harus belajar tentang hal baru di luar bidangmu, kamu tidak tahu alasannya. 
Kamu akan memahami hingga waktu bicara, ketika kuasa Tuhan menunjukkan takdir-Nya untukmu.
Lalu kamu akan menyadari bahwa kamu sangat beruntung."





Setakat ni,apa yang aku dapat..
Aku lebih kenal compartment kereta..spare part..
Tips-tips jaga kereta..
dan...jaga akaun syarikat.
Manalah tahu akan datang,aku berniaga buka kedai..
Aku dah tahu selok belok perniagaan ni..
Mudah-mudahan.. hihi. ^_^

Syarikat bengkel kereta ni bukan calang-calang orang yang datang..
Kebanyakannya kaya-kaya..dari golongan Datuk-datuk..
Sekali 'billing'..cecah RM5000. *gULP......Tertelan air liur..
Baguslah kan..maju lah perniagaan orang melayu. =)












nkckpckit : Dari Matrikulasi sehingga kini,aku banyak belajar perkara luar bidang.

Comments
One Response to “#Internship”
  1. Anonymous says:

    Awak intern luar bidang okay tak? Report nanti tulis apa?

Cikgu PN. Powered by Blogger.