Kehilangan sahabat sangat dirasai

Assalamualaikum



Aku tahu.
Semua yang hidup pasti merasai mati.
Dunia ini hanya tempat persinggahan saja.
Dunia tidak kekal.

Aku telah kehilangan seorang sahabat kenalan dari matriks KMM.
*KMM stands for Kolej Matrikulasi Melaka
Arwah bernama Muhammad Izzat bin Ahmad Sabki.
Banyak memori aku dengan arwah sewaktu berkawan dulu,
Walaupun aku ni bukan lah kawan baik dia.
tapi antara kawan lelaki yang paling banyak bercerita dengan aku sewaktu di KMM adalah arwah.
Biasalah cerita pasal awek dia lah. Kelakar masa tu.
Sampaikan ke UTM pun,aku masih jadi orang tengah antara arwah dengan aweknya dulu.

Aku selalu satu group dengan arwah dalam lab fizik.
Arwah paling gemar meminjam aku punya lab report..
tirulah ape lagi.. Ijat...Ijat.. =)
Yang aku gemar sikap arwah adalah tak pernah sombong.
Selalu tegur aku walaupun dah jarang berjumpa.
mana-mana terserempak pasti tegur. Arwah sangat baik.
Tapi itu semua dulu...
Sewaktu arwah masih hidup..
='(

Ternyata ALLAH lebih menyayanginya.
Aku agak terkilan kerana tidak sempat melawat arwah di hospital.
kerana..aku menjalani praktikal di Melaka.
Tapi,...if aku melawat juga,aku takut.. aku jadi sebak. melihat keadaan arwah masa tu.
Aku tidak sangka arwah menemui ajalnya akibat dari bermain bola sepak.
Betul lah orang kata,.. dimana-mana sahaja boleh jadi ajal kita sampai.
Astaghfirullah... Takut bila aku memikirkannya.

Ijat..
Aku akan sentiasa mendoakan kau berada di kalangan orang yang soleh. InsyaAllah...
Kali ini ajal kau dah tiba..
Terima kasih...kau telah mengingatkan aku kematian itu dimana-mana sahaja.
Aku halalkan segalanya.
Sesungguhnya aku sungguh terkesan dengan pemergian kau.
Kau sahabat baik aku sewaktu di KMM.

Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangimu wahai sahabat,
\Muhammad Izzat bin Ahmad Sabki
8 Ogos 1991-13 April 2013







nakckpckit : "Kau buat ape Chor...?" Itulah ayat sinonim kau gunakan.

Comments
3 Responses to “Kehilangan sahabat sangat dirasai”
  1. smoga arwah tenang disana. al-fatihah.

  2. Anonymous says:

    Assalamualaikum... Sorry fatin.. Baru jumpa your blog lepas taip nama ejat... Fatin.. Sy mnx maaf byk2 atas segala salah silap sy pd awak.. Sy harap kt still boleh jadi kawan... Ejat mesti gembira kalau die tahu kt kawan lagi.. Friend ?

Cikgu PN. Powered by Blogger.