Gambar

Assalamualaikum



Sekali lagi PN mahu update ini punya blog. Kali ini punya update pasal kamera. Hasil snap dari kamera dslr milik PN. FYI,Pn dah lama tak keluar berphotoshoot,snap gambar. Kali ni,dengan event yang dijalankan oleh kelab PN,PN berkesempatan untuk snap.I'm still beginner. Banyak lagi mahu belajar. So,lets enjoy my photo.















nkckpckit : Nak belajar lagi....

Selepas Ibu................Ayah

Assalamualaikum


Jam tepat menunjukkan pukul 1.05 AM. Maybe ada yang dah berbaring-baring melayan kehendak mata untuk beradu. Maklumlah,awal-awal minggu sem macam ni masih belum ada lagi assignment (bagi yg takde lah kan) So,bantai tido awal lah kan. Kan ? Kan ?
PN pulak sibuk mencari idea untuk blog sambil dengar lagu hindustan. Ntah. Tiba-tiba pulak mood hindustan datang. Ni semua penangan adik PN no 2 ni. HAHA
Awal-awal sem ni dapatlah diri ini nak update selalu. Nanti dah mid sem,bila dah tunggang-langgang hidup kat UTM ni,mulalah bersarang blog ni. ^_^ Tapi kalu boleh,tak naklah terbiar macam tu ja kan. =)

Masa PN ngah dengar lagu-lagu hindustan kat Youtube,PN click lah pada lagu yang bertajuk 'Akele Hum Akele Tum' dari filem 'Akele Hum Akele Tum'. Lakonan Amir Khan dan Monisha Koirala. If anybody yang pernah tengok filem ni,tentu tahu cerita sedih ni. Ianya mengisahkan pengorbanan seorang ayah membesarkan seorang anaknya tanpa isteri disisi. Then,after isterinya dah femes amos,mula lah buat tuntutan hak penjagaan anaknya.



Kat sini,bukan PN nak cerita pasal filem ni. Tapi PN nak cerita pasal seorang ayah. Memang tak dinafikan dalam Islam mengutamakan ibu kemudian ayah.



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
credit to Hafiz Firdaus


PN mengagumi ayah PN. Seorang yang tabah dalam menghadapi sebarang masalah. Macam orang lain juga,sebanyak mana masalah diorang,mesti mahukan seseorang untuk mendengar masalahnya. So,ayah PN pun begitu. Ayah PN akan meluahkan segala masalahnya pada PN sehinggakan sanggup datang ke UTM after kerja semata-mata nak luahkan segala isi di hati. PN memahami.
PN sentiasa ada untuk ayah. PN sentiasa ada setiap kali ayah perlukan PN. PN tahu. PN adalah anak sulung. PN menjadi pendengar setia. Sekurang-kurangnya dapat bantu ayah dari segi psikologi. Thats why PN paling rapat dengan ayah. Lain perasaanya apabila si ayah sendiri yang meluahkan masalahnya pada kita berbanding kawan sendiri meluahkan masalahnya. Sebab ? Dia darah daging kita. PN sanggup buat apa ja untuk parents.

PN  bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan bantu family. PN akan cuba ketepikan kehendak diri ini selagi tidak bantu mereka. Segala perancangan telah PN buat untuk masa hadapan. Semuanya untuk family PN. Namun,kita ni manusia yang hanya mampu merancang,ALLAH yang menentukan. InsyaALLAH.







Luv u Dad                       








nkckpckit : Sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga

In Semester 4

Assalamualaikum


First of all,PN nak memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi coz PN berpeluang hidup sehingga kini. Alhamdulillah. =) Tak sangka. Pejam celik,pejam celik,dah masuk Tahun 2 semester 4. Perjalanan di IPT ni rasa macam sekejap ja. K,..minggu pertama setiap sem adalah minggu yang paling kurang digemari pada PN. Sebab ??? Pada PN,1st week ni adalah minggu paling sibuk,kalut,serabut untuk semua orang. Masing-masing sibuk-sibuk dok daftar subjek. Ada yang nak belajar lebih tambah subjek. Ada yang tak nak belajar banyak,drop subjek. Ada jugak yang datang ofis pertikaikan jadual kelas yang diberi. Mulalah merungut, 'kenapalah jadual kelas aku macam ni ? sigh~ ' Macam-macam karenah masing-masing. PN pun tak terkecuali untuk mendaftar subjek. Then,if u come late to the offfice,berlakulah 'ulat gonggok' dalam ofis fakulti pendidikan yang tak berapa nak besar tu. Ada jugak yang ambil kesempatan menyelit ke barisan hadapan. Sabor jelah. Nasib baiklah akak yang uruskan kat ofis tu sporting orangnya. If not,tentu dia membebel,'asyik-asyik muka awak lagi kat kaunter ni ! '. HAHA

Untuk semester 4 ni,everything is change. PN and the geng berpecah. Perlu membawa haluan masing-masing. Ada kelas yang kami tak dapat join sama-sama macam biasa. Macam-macam dah kitorang usahakan,namaun apakan daya. Kami ni hanya student yang perlu ikut arahan. Sedih tu ada lah jugak. Maybe ini ada hikmah disebaliknya. Ya ! We have to think +ve. Ini merupakan 1 cabaran untuk kitorang. Betul tak ? So,kitorang kita perlulah sahut cabaran tu. Kita dah besar kan. ^_^

Berhubung dengan subjek yang PN telah daftar,PN perasan bahawa sem ni,PN perlu attend 2 bengkel iaitu Amali Kerja Bata dan Reka Cipta. Y a ALLAH ! OMG ! Mesti penat. Dah macam buruh kasar. Amali kerja bata,terang-teranglah perlu buat anything kerja yang membabitkan batu bata. Then,rekacipta pula perlu perah otak,seperah-perahnya cari idea nak reka cipta satu produk baru.

By the way, PN harap sangat yang PN boleh go through sem ni dengan penuh bergaya. ^_^ Diharap jugak semua lecturer boleh kawtim sama-sama. Plus, PN pun harap dapat improve kan result PN kepada yang lebih baik. PN selalu berpegang pada pepatah,
'Bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.'







nkckpckit : Chaiyok !

"Guru yang..............."

Assalamualaikum



"Guru yang sederhana memberitahu.
Guru yang baik menerangkan.
Guru yang lebih baik menunjukkan.
Guru yang paling hebat memberi inspirasi."
























nkckpckit : teacher wannabe.

After Semester 3

Assalamualaikum 


Setelah menghitung hari,tinggal 3 hari lagi sahaja,iaitu sisa-sisa hari untuk cuti sem kali ni. Tiba-tiba rasa sekejap pulak. Banyak perkara yang dah PN habiskan sepanjang cuti sem kali ni,sama ada berfaedah mahupun tak. Yeah..
Niat asal PN online ni adalah (adalah gitu,..=P) nak daftar subjek. Tapi entah kenapa ruang untuk pendaftaran masih ditutup. Katanya,16-17 Feb,aduh..if tak daftar,alamatnya traffic jam la office Fakulti Pendidikan next week ni. Takpelah,try nanti lah.

So,PN switch my intention to update blog.Memandangkan baki cuti sem ni dah tinggal beberapa hari sahaja,eloklah mengambil banyak masa dengan online. This is coz of free wifi. HAHA. Hati senang bila online di rumah dengan free wifi.Tapi lumrah manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. So,bersyukur lah yer. =)

Dari segi persediaan bagi menghadapi new sem,iaitu semester 4,macam-macamlah PN buat. Segala keperluan telah PN beli,sponsor dari my dad sendiri. (Luv u daddy ^_^ ). Oleh kerana diri ini sangat bertuah, (Alhamdulillah) IPT dalam negeri sendiri,so boronglah macam-macam dari rumah. Tinggal nak bawak ja.HAHA Tapi cuba bayangkan if IPT jauh nun utara sana,terpaksalah berbelanja guna duit sendiri. Apa-apa pun alhamdulillah. So,nanti my beloved brothers and sister akan jadi mangsa PN untuk mengangkat barang-barang PN. HAHA,amek kau!

Dari segi mental pula,PN perlu tabah menghadapi segala sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tak perlu cepat melatah. Last semester,it's very tough for me,walaupun mata jam kredit tak berpuluh-puluh macam orang lain,tapi entahlah maybe disebabkan matapelajaran ketukangan yang memerlukan kemahiran tinggi.  Apa ? Ingat perempuan tak boleh bertukang k ? Buat perabot pon boleh tau ! (sory,.emosi pulak. Hihi.)
So,diharaplah sangat semester 4 nanti,dengan subjek killer (for me) Asas Rekacipta,bolehlah PN bawa. InsyaALLAH. (Apa aku nak reka nnt ek,...??)

Macam biasalah. Dh lama cuti jumpa balik kawan-kawan. Macam sekolah dulu-dulu..Hihi.





Muka-muka ayu diatas nilah yang akan PN jumpa nanti. Cikgu-cikgu sambung gather balik. So,bila dah jumpa nanti,mesti open table punya. 'Lepas aku cite,kau pulak cite,lepas itu ko pulak cite,then kau,kau,kau........'  Sampailah abis citer.

Harapan PN untuk Sem 4 yang akan datang adalah PN harap kitorang dapat tempuh sem 4 ni sama-sama walaupun terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan (Erk...ok. Takleh bla..!)
Sory..sory.. Maksud PN,PN harap PN dan kawan-kawan dapat menghadapi Sem 4 nanti dengan lebih baik dari sebelumnya. Kalau kelas pukul 8,pagi-pagi lagi *Gedegang,..gedegang,..!!. Korang ketuk pintu. Kalau korang lambat,PN kejutkan. Kalau tak bangun jugak,PN nyanyi. HAHA. ^_^
Maklumlah,mata jam kredit untuk Sem 4 kali ni banyak dari last sem. So,tak mahu tension-tension. Kita senyum ja. Apa dia ? S.E.N.Y.U.M. Macam ni ^_^ (senyuman bagi budak mata sepet. Hihi)


 hadapi hari-hari yang mendatang dengan riang. ^_^











nkckpckit : Azam nak sentiasa imrove setiap sem.

Saya Sayang Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum,..


Dah hampir seminggu lebih Maulidur Rasul berlalu. Namun,kita sebagai umatnya,jangan sesekali melupakan Nabi Muhammad adalah Rasul kita. So,if nak sambut Maulidur Rasul selepas seminggu nya pon boleh. Allah tidak pernah melarang hamba-hambaNya untuk menyambut Maulidur Rasul selepas dari tarikh 12 Rabiulawal. Malah ingat setiap masa adalah sepatutnya. Yeah! ^_^

Oleh yang demikian,pada tarikh 12 Februari 2011 bersamaan 19 Rabiulawal 1433 H, masjid di Taman Desa Jaya (taman umah aku.) iaitu Masjid Jamek Al-Falah telah mengadakan ceramah sempena Maulidur Rasul. Ceramah tersebut disampaikan oleh bukan calang-calang orang. Diminati ramai termasuk PN.. ^_^

Juara Imam Muda musim 1 : Imam Muda Asyraf

Kalau PN tunjuk gambarnya sahaja without his name,tentu semua dah kenal pun kan. Hihi.
Beliau telah datang ke Masjid Jamek di Taman perumahan PN untuk menyampaikan ceramah bersempena Maulidur Rasul. 





from left :my BFF,her mom & my mom ^_^


siap bentang tikar di barisan hadapan.



ramai kaum wanita yang hadir


haa,..tu dia Imam Muda kita. Dok betul2 depan PN.
^_^





Masa ceramah bermula lepas solat Isyak kira-kira dalam pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Dalam masa 1 jam setengah tu,PN rasa sekejap sahaja ceramah itu berlangsung. Dengan ceramah loghat Kedah pon boleh buat lawak. HAHA. terburai ketawa masing-masing. Namun dalam ketawa,ada jugak pengisiannya hampir mengalir air mata PN dibuatnya.

Antara isi ceramah yang PN masih ingat :
-kita tak mampu balas jasa ibubapa,inikan pula jasa Rasulullah S.A.W.
-Seorang ibu menyayangi anaknya lebih dari bapa namun Rasulullah S.A.W. lebih menyayangi anak itu dari ibu dan bapanya sendiri.
-kisah sebelum,ketika dan selepas kewafatan Rsulullah S.A.W.
-sahabat Rasulullah S.A.W. sangat mencintai Baginda lebih daripada ahli keluarganya sendiri.
.................dan macam-macam lagi.

So,PN sangat seronok dapat dengar ceramah dan dapat lihat depan-depan Imam Muda Asyraf. Bak kata orang tua,sejuk mata memandang. Huhu. (Bertuah isteri beliau) ^_^







nkckpckit : 2 tahun lepas,pihak masjid menjemput Ustazah Norbahyah. ^_^

Cikgu PN. Powered by Blogger.

Author

My name is Fatin Nasuha
I'm cat lover
AND
InsyaAllah,...
I will be a good teacher in future.
^_^

contact me

 Add Me Follow Me Follow Me

Corat Coret