Posted on 13 February 2012 · Leave a Comment
Assalamualaikum,..
Dah hampir seminggu lebih Maulidur Rasul berlalu. Namun,kita sebagai umatnya,jangan sesekali melupakan Nabi Muhammad adalah Rasul kita. So,if nak sambut Maulidur Rasul selepas seminggu nya pon boleh. Allah tidak pernah melarang hamba-hambaNya untuk menyambut Maulidur Rasul selepas dari tarikh 12 Rabiulawal. Malah ingat setiap masa adalah sepatutnya. Yeah! ^_^
Oleh yang demikian,pada tarikh 12 Februari 2011 bersamaan 19 Rabiulawal 1433 H, masjid di Taman Desa Jaya (taman umah aku.) iaitu Masjid Jamek Al-Falah telah mengadakan ceramah sempena Maulidur Rasul. Ceramah tersebut disampaikan oleh bukan calang-calang orang. Diminati ramai termasuk PN.. ^_^
Juara Imam Muda musim 1 : Imam Muda Asyraf
Kalau PN tunjuk gambarnya sahaja without his name,tentu semua dah kenal pun kan. Hihi.
Beliau telah datang ke Masjid Jamek di Taman perumahan PN untuk menyampaikan ceramah bersempena Maulidur Rasul.
Beliau telah datang ke Masjid Jamek di Taman perumahan PN untuk menyampaikan ceramah bersempena Maulidur Rasul.
Masa ceramah bermula lepas solat Isyak kira-kira dalam pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Dalam masa 1 jam setengah tu,PN rasa sekejap sahaja ceramah itu berlangsung. Dengan ceramah loghat Kedah pon boleh buat lawak. HAHA. terburai ketawa masing-masing. Namun dalam ketawa,ada jugak pengisiannya hampir mengalir air mata PN dibuatnya.
Antara isi ceramah yang PN masih ingat :
-kita tak mampu balas jasa ibubapa,inikan pula jasa Rasulullah S.A.W.
-Seorang ibu menyayangi anaknya lebih dari bapa namun Rasulullah S.A.W. lebih menyayangi anak itu dari ibu dan bapanya sendiri.
-kisah sebelum,ketika dan selepas kewafatan Rsulullah S.A.W.
-sahabat Rasulullah S.A.W. sangat mencintai Baginda lebih daripada ahli keluarganya sendiri.
.................dan macam-macam lagi.
So,PN sangat seronok dapat dengar ceramah dan dapat lihat depan-depan Imam Muda Asyraf. Bak kata orang tua,sejuk mata memandang. Huhu. (Bertuah isteri beliau) ^_^
nkckpckit : 2 tahun lepas,pihak masjid menjemput Ustazah Norbahyah. ^_^
Cikgu PN. Powered by Blogger.
Post a Comment