Sahabatku.... Aku bukan sahabatmu.

Assalamualaikum



Bagi pembaca tegar nukilan Hilal Asyraf,tentu tahu  tajuk di atas.
Tajuk yang aku ambil dari nukilan Hilal Asyraf, buku 'Batu-bata Kehidupan'.

Kenapa dengan buku tersebut ?
Aku telah jatuh cinta dengannya.
Btw,thanks to akak sekelasku yang telah memperkenalkan buku ini padaku.
Honestly,pada mulanya aku tidak mengenali who is Hilal Asyraf ?
Sehinggalah ada orang mengatakan beliau merupakan penulis buku-buku genre agama.
Terdetik di hatiku ingin mengetahui lebih lanjut.

Aku mengambil masa yang lama juga untuk menghabiskan 'batu-bata kehidupan' ini..
Kerana.....aku ingin mengambil pengajarannya dalam-dalam hati ini.
Ternyata aku tersentuh dengan tulisannya.
Banyak menyentuh dan berkait dengan kehidupanku sendiri.

Alhamdulillah...
banyak pengajaran yang aku peroleh dari hasil tulisannya.
Menjadikan aku terkesima membandingkan kehidupan realitiku dengan nukilannya.
Ternyata kini aku menyedari baik dan buruk yang berlaku di sekelilingiku.

Antara tajuk di dalam batu-bata kehidupan yang menjadi perhatian aku adalah....
Sahabatku... Aku bukan sahabatmu.
Di sini aku ingin berkongsi antara isi-isi tajuk tersebut.






Mengapa tajuk ini menjadi perhatianku?
Hal ini kerana,..aku telah sering kali mengalaminya.
Sesungguhnya,aku bersetuju jika dulu aku mengharap balasan dari seorang kawan atas jasa yang kuberikan..
Ternyata tindakanku itu salah.
Seperti yang dikatakan Hilal Asyraf,bersahabat perlulah ada keikhlasan,dan keikhlasan ini membuatkan kita tak mendambakan sebarang balasan.
Subhanallah.. Begitu rupanya adab bersahabat.
Sesungguhnya sebelum ini aku jahil dalam perkara ini.

Aku sendiri mengalami 2 orang sahabatku bergaduh.
Masing-masing tidak mahu beralah.
Aku menasihati agar perkara tersebut diselesaikan secara baik.
Namun,tiada  jalan penyelesaiannya..
Malah,aku dianggap pilih kasih.
Aku tersepit walaupun aku tiada kaitan dalam permasalahan mereka.
Mungkin cara aku tidak sesuai untuk menyelesaikan kes mereka..
Sesungguhnya niat aku baik...
Dan aku tidak suka melihat sahabatku bergaduh..
Takpelah... Aku berdoa agar hati kedua-dua sahabatku itu menjadi lembut dan diberi petunjuk oleh Allah.

"Kau pun bukan baik sangat nak nasihat orang..!"
Jika ada orang yang beranggapan begitu,.
terpulanglah...
Dalam Islam,manusia perlu saling ingat-mengingati.
Jika ada orang tidak suka akan cara aku,..
terpulanglah.
Aku tidak rugi.

Aku memang bukan seperti para ustazah di luar sana..
sopan..
lembut tutur bicara...
gelak dalam nada yang lembut..
Aku belum cukup sempurna..

mungkin aku kasar...
namun,tidak bermaksud aku tidak menjaga adab ku.
di dalam kasarnya aku,hati ini hanya Allah yang tahu.
Aku tidak menunjuk.
Aku cuma ingin mengajak ke arah kebaikan.
tidak salah bukan?

If cara aku salah,tegurlah aku..
Kerana aku hanya manusia biasa.
tidak lari dari melakukan kesilapan.

Sesungguhnya diri ini masih belum sempurna,.
Masih banyak perlu diubah dalam diri ini.
InsyaAllah.






nakckpckit : Why not,kita perlu bertindak mengikut kematangan umur dan buang ego jauh-jauh. 

Comments
2 Responses to “Sahabatku.... Aku bukan sahabatmu.”
  1. nak jugak satu buku ni dikkkkkk :)

  2. sila dapatkan secara online pon boleh... ^_^

Cikgu PN. Powered by Blogger.