Selepas Ibu................Ayah

Assalamualaikum


Jam tepat menunjukkan pukul 1.05 AM. Maybe ada yang dah berbaring-baring melayan kehendak mata untuk beradu. Maklumlah,awal-awal minggu sem macam ni masih belum ada lagi assignment (bagi yg takde lah kan) So,bantai tido awal lah kan. Kan ? Kan ?
PN pulak sibuk mencari idea untuk blog sambil dengar lagu hindustan. Ntah. Tiba-tiba pulak mood hindustan datang. Ni semua penangan adik PN no 2 ni. HAHA
Awal-awal sem ni dapatlah diri ini nak update selalu. Nanti dah mid sem,bila dah tunggang-langgang hidup kat UTM ni,mulalah bersarang blog ni. ^_^ Tapi kalu boleh,tak naklah terbiar macam tu ja kan. =)

Masa PN ngah dengar lagu-lagu hindustan kat Youtube,PN click lah pada lagu yang bertajuk 'Akele Hum Akele Tum' dari filem 'Akele Hum Akele Tum'. Lakonan Amir Khan dan Monisha Koirala. If anybody yang pernah tengok filem ni,tentu tahu cerita sedih ni. Ianya mengisahkan pengorbanan seorang ayah membesarkan seorang anaknya tanpa isteri disisi. Then,after isterinya dah femes amos,mula lah buat tuntutan hak penjagaan anaknya.



Kat sini,bukan PN nak cerita pasal filem ni. Tapi PN nak cerita pasal seorang ayah. Memang tak dinafikan dalam Islam mengutamakan ibu kemudian ayah.



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
credit to Hafiz Firdaus


PN mengagumi ayah PN. Seorang yang tabah dalam menghadapi sebarang masalah. Macam orang lain juga,sebanyak mana masalah diorang,mesti mahukan seseorang untuk mendengar masalahnya. So,ayah PN pun begitu. Ayah PN akan meluahkan segala masalahnya pada PN sehinggakan sanggup datang ke UTM after kerja semata-mata nak luahkan segala isi di hati. PN memahami.
PN sentiasa ada untuk ayah. PN sentiasa ada setiap kali ayah perlukan PN. PN tahu. PN adalah anak sulung. PN menjadi pendengar setia. Sekurang-kurangnya dapat bantu ayah dari segi psikologi. Thats why PN paling rapat dengan ayah. Lain perasaanya apabila si ayah sendiri yang meluahkan masalahnya pada kita berbanding kawan sendiri meluahkan masalahnya. Sebab ? Dia darah daging kita. PN sanggup buat apa ja untuk parents.

PN  bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan bantu family. PN akan cuba ketepikan kehendak diri ini selagi tidak bantu mereka. Segala perancangan telah PN buat untuk masa hadapan. Semuanya untuk family PN. Namun,kita ni manusia yang hanya mampu merancang,ALLAH yang menentukan. InsyaALLAH.







Luv u Dad                       








nkckpckit : Sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga

Comments
3 Responses to “Selepas Ibu................Ayah”
  1. i wish i can have a father like u...even i know...it won't be~

Cikgu PN. Powered by Blogger.