Luahan isi hati

Assalamualaikum


Sudah hampir 1 bulan, aku bekerja sebagai guru ganti.
Dan dalam sebulan tu jugaklah macam-macam kerenah murid aku hadapi.
Itu tak jadi masalah pun bagi aku.
Alhamdulillah.. setakat ni aku mampu lagi handle tu semua.

Tapi.............
Yang jadi masalahnya..
Aku cemburu! Cemburu sangat!! (tiada hasad dengki ok!)
Cemburu tengok cikgu baru masuk sekolah dimana tempat aku bekerja ni.
Seronoknya lahai tengok diorang dah confirm.
Aku???? Bila??!!!
Bukannya aku ni tak tahu erti sabar. 
Tipulah sikit pun takde perasaan cemburu tu kan..

Rasanya hampir 6 bulan aku habis belajar.
Bila orang sibuk bertanya,
tak dapat keje lagi ke?
Kenapa selalu tukar-tukar keje?
Hmpphhhh....
Bukan aku nak pun macam tu.

Dengar khabar, pihak KPM uruskan lepasan maktab/IPG dulu.
Kemudian, baru lepasan IPT. 
So,sekarang ni kebanyakan lepasan IPG dah posting.
Wahai KPM, pleaseee.....panggillah kami.
Kesiankanlah kami. Lama menunggu.
Kami pun nak merasa kerja tetap.


Takpe.. Aku percaya rezeki Allah itu ada di mana-mana.
Stay positif. InsyaAllah. Amin.

*KPM-Kementerian Pendidikan Malaysia



nkckpckit: Nak jadi cikgu!!!

Cikgu PN. Powered by Blogger.