#throwback: Konvokesyen UTM ke-53

Assalamualaikum 



Lama dah aku tak menghadap blog. Almost one year, aku tak bukak blog ni.
ye. Sibuk dengan tahun akhir di UTM. Tersangat sibuk.
Entahlah. Aku rasa macam tak ada siapa yang kisah. 
tapi aku tetiba kisah. Sebab ada yang bertanya. 
Wow! Unbelievable! 


Apa nak cerita? Throwback je lah dulu.
3 Nov 2014.. tarikh konvokesyen aku. 
What to say ? Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah.
Segala keringat selama 4 tahun di UTM, amatlah berbaloi.
Hasilnya kini aku telah mengenggam segulung ijazah. 
Berkat doa ibu bapa yang sangat mengharap kejayaan anak-anaknya. 

                

Aku anak pertama yang berjaya menghabiskan pengajianku dalam Ijazah. Walaupun penat memenuhi karenah aku di hari konvokesyen, mereka tetap tersenyum. Berpuluh-puluh ucapan tahniah diterima oleh mereka. 'Ayah bangga dengan Along', kata ayah. Aku hampir nangis sebab terharu. tapi aku cover lah sikit sebab nanti nampak cengeng pulak. Alahai. =)

 

Gambar kiri: Inilah kawan susah senang belajar di UTM. Dari awal masuk sehingga akhir, sama-sama berjuang. 
Gambar kanan: Ini kawan dari sekolah, belajar di UPM dalam bidang sama. Alhamdulillah. Kami berjaya walaupun berbeza universiti. 


                    


Sekitar di hari Konvokesyen. 
Seronok dapat jumpa semula dengan kawan-kawan di hari kejayaan. (amboi ayat.)


Sekali lagi, alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Terima kasih kepada semua.
Pensyarah, kawan-kawan, ibu bapa dan pihak lain yang banyak bantu aku selama ni.
Bukan senang nak capai sesuatu kejayaan tanpa usaha yang gigih.

Sekarang ni, tugas aku hanya menunggu posting untuk dipanggil bekerja sebagai guru.
Semoga rezeki itu ada. Kini, banyak tanggungjawab yang perlu aku jalankan. 
Ye. Sangat banyak. =)






nkckpckit: Alhamdulillah. 

Cikgu PN. Powered by Blogger.