#throwback: Bunga telah dipetik

Assalamualaikum



Alhamdulillah. Kini bergelar tunangan orang.
Actually, tak perlu kot nak gembar-gemburkan hal ni. 
Baru tunang. Belum kahwin lagi. Aku fikir nak senyapkan je dulu.
Tapi si dia pulak dah terlepas cakap. Kawan sibuk bertanya. Aduh. Jenuh.
Ada yang merajuk tak jemput lah. Tu lagi parah.

Sebenarnya, pasal ni semua aku dan family sahaja.
Tiada apa-apa majlis pun. Sekadar sarung cincin. Sarung cincin sebagai tanda.
So, nak dipendekkan cerita. Ayah aku pun cakaplah, tak perlu apa-apa majlis tunang ni.
Tak perlu membazir. Lebih baik kos majlis tunang tu terus dibawa ke majlis kahwin je nanti.

Alhamdulillah. Ayah aku memang sporting
Aku pun tak nak majlis-majlis untuk tunang ni. Aku lebih mahu simple sahaja.
Eloklah sekadar selesaikan yang lebih penting saja. 
Bukankah itu sepatutnya mengikut Islam...

Kejadian tersebut memang tak dijangkakan sebenarnya.
Si dia yang tetiba nak bawa cincin dan disarungkan sebagai tanda.
Masa tu tepat pada hari raya pertama.
Perancangan asal adalah parents si dia datang hanya untuk beraya saja.
Tetiba pulak si dia nak buat gempak, bawa cincin sekali. Kelam kabut parents dia. =)

Tak sangka pulak raya pertama aku dah bergelar tunangan orang.
Unexpected!
Tapi apa-apa pun.. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat.
Memang rancang nak kawin. Cuma itulah, banyak perkara yang perlu dibuat bagi menuju ke arah itu. Segalanya dalam perancangan.

Kini, kami banyak melakukan persediaan. 
Kami bukan dari orang senang, jadi banyak perkara yang perlu dilakukan. 
Tapi,aku percaya. Rezeki itu ada di mana-mana. InsyaAllah.

So, aku harap segala penerangan aku dapat menjelaskan kemusykilan kalian.
Bukan tak jemput, tapi majlis hanya dari kalangan keluarga sahaja. 
InsyaAllah. Bila tibanya majlis kahwin aku nanti, aku akan jemput semua kenalan aku. =)

 
Inilah satu-satunya gambar yang ada. 





nkckpckit: Doakan yang terbaik untuk kami. Amin.

Cikgu PN. Powered by Blogger.