Kawan Kahwin

Assalamualaikum



Bila dah masuk hujung tahun, tak hairanlah kalau terima banyak jemputan kahwin.
Kad yang diterima dah boleh buat koleksi gantung kat meja. Hehe. 

Aku pun tak menang terima undangan dari kawan. 
Sekali terima sampai 5 kad. First time, terima banyak macam tu sekali.
Tapi macam biasalah ada saja undangan yang aku tak dapat pergi.
Itu semua sebab kerja yang tak dapat nak elak.

Siapa tak seronok bila tengok kawan kahwin. Rasa macam masa tu berjalan dengan pantas.
Bila tengok kawan kahwin, aku cakap sorang-sorang, "Dah besar rupanya aku ni.." (Baru sedar)
Dulu main tuding-tuding jari siapa kahwin dulu. 
Ada yang kata kau lah kahwin dulu..kau lah..kaulah.. Tup..tup dia yang kahwin dulu.






Bila dah kahwin, kehidupan serta merta berubah. Dari seorang jadi dua.
Dari uruskan diri sendiri bertambah sorang lagi. 
Sekarang ni dengar cerita, ada yang dah 'berisi'. 
Alhamdulillah. Mencurah-curah rezeki. 
Title makcik lah lepas ni aku dapat. adeh. hehe.
So, tak dapatlah nak lepak sama-sama macam dulu kerana komitmen. =)

Alhamdulillah. Seronok tengok kawan bahagia dengan pasangan masing-masing.
Aku tumpang bahagia. =)






nkckpckit: InsyaAllah. Masa aku akan tiba. Amin. 

Cikgu PN. Powered by Blogger.