Be professional

Assalamualaikum



Aku bangga.
Kadang-kadang aku pelik.
Bangga dengan semangat kesukanan mereka.
Tapi pelik dengan sikap sesetengah dari mereka.


Baru-baru ni, kecoh dengan perlawanan diantara JDT dan T-Team yang ditangguhkan.
Bermacam-macam andaian yang telah diwar-warkan.
Aku sendiri tak tahu siapa yang betul.
Ada kata T-Team putar belit cerita lah.
Ada kata JDT mulakan dulu lah.
Haih...entahlah.


Aku sedih dengan sikap sesetengah penyokong.
Ada yang berniat ingin melaga-lagakan antara semua team bola sepak Malaysia.
Di tambah lagi dengan kata-kata kasar dari mereka.
Perlu kita buat macam tu? melaga-lagakan antara satu sama lain.
Jika yang buat itu semua adalah Islam, bukankah itu dah di kira dosa.
Malah boleh jadi fitnah. Dosa fitnah lagi besar dari membunuh.


Aku seronok dengan suasana liga Super sekarang.
Kalau dulu,liga M sunyi sepi. Kini, makin meriah dengan bertambah ramai penyokong bola sepak Malaysia.
Tapi...jika suasana liga Super dicemari dengan sikap yang tidak profesional, tak seronoklah.
If pasukan tersebut dicemuh dengan macam-macam menaikkan motivasi mereka, itu tidak mengapa.
Tapi macam mana pulak kalau menyebabkan pergaduhan, tak menarik tu.
Kita dibenarkan untuk menyokong mana-mana pasukan,...
tapi tak perlulah terlalu fanatik sehingga menyebabkan perkara-perkara yang tidak elok berlaku.


Aku berharap agar setiap penyokong bersikap profesional dalam menyokong pasukan pilihan mereka.
Aku sendiri penyokong salah satu pasukan bola sepak Malaysia iaitu JDT.
Namun, aku sendiri ada jugak sedih dengan sikap sesetengah penyokong JDT yang kurang profesional.
Tapi tak semestinya semua penyokong JDT begitu malah mereka lebih profesional dalam menghadapi haters.
Termasuk juga kepada penyokong pasukan lain.
Hanya disebabkan beberapa orang penyokong yang memulakan cemuhan, penyokong lain pula terlibat.


Ini semua pendapat aku sebagai penyokong serta pemerhati liga Super.
Tidak membabitkan mana-mana pihak.





nkckpckit : kita menyokong tika menang mahupun kalah.

Cikgu PN. Powered by Blogger.