Throwback : Guru Praktikal

Assalamualaikum




Pejam celik..pejam celik...
Tinggal 2 minggu je lagi nak masuk semester baru.
Semester baru aka semester 8 aka final semester.
Aduhai..Aku rasa macam baru semalam je balik dari UTM..
Kenapa rasa macam sekejap je ni...?? kenapa??!!!!
Erghhh....stress....!!!
Stress aku ni bajet macam UTM jauh sangat je dengan rumah aku.
Padahal setiap bulan selalu check in ke rumah. hikhik


Tengah molek aku duduk rehat-rehat kat rumah dengan senang hati.
Tiba-tiba aku teringat tahun lepas sebelum bergelar guru praktikal.
Time cenggini lah aku dok sibuk uruskan persiapkan diri dari segi mental dan fizikal.
Serabut jugak memikirkan nak pergi praktikal tu.
Haih..lagi pulak melibatkan makhluk Allah yang bernama BUDAK-BUDAK SEKOLAH.
Nightmare jugaklah aku sebelum beberapa hari nak bergerak ke Melaka.
Aku pilih Melaka sebagai tempat praktikal aku sebab tak jauh sangat dari Johor(homesweethome) =D
Sekolah yang bertuah memiliki aku sebagai guru praktikal adalah KVMT.
KVMT stands for Kolej Vokasional Melaka Tengah.
"WAAHH!!! Kau ngajar kat kolej??!! Hebat kau ni..."
Wowooo...chill babe.. Nama je kolej tapi penuntutnya adalah berumur 16-19 tahun.

Kenapa 16-19 tahun??!! Sebab Kolej Vokasional ni menyediakan diploma kemahiran kepada mereka selama 4 tahun. So,diorang takde SPM tapi ada diploma. Yang penting diorang kene maintain pointer above 2.00. 
Bawah 2.00, memang kena tendang.


Hari pertama di KVMT memang rasa debaran tu hanya Allah je tahu.
Dah la pulak pagi tu ada perhimpunan rasmi kat Dewan kolej berkenaan.
Rasa macam pelik je kene duduk depan pelajar yang ramai.
Yelah..dulu-dulu aku duduk dalam kalangan pelajar ni.
Eh memang pelik lah masa tu. tapi aku layankan aje.
Aku kena sedar lah yang aku ni dah bergelar guru. Lupa diri kejap.
Semua pelajar tengok kitorang, alahai memang masa tu senyum malu-malu je lah.
Waktu di kolej memang berbeza dengan sekolah biasa.
Masuk pukul 8 am,balik pukul 5pm. 
Itu tak termasuk lagi dengan latihan sukan lagi. Memang sampai rumah pukul 7malam la gamaknya.


Kolej ni baru je dapat gelaran Kolej Vokasional. sebelum ni Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah.
So,nak dijadikan cerita Kolej ni hanya ada tahun 1 je. 
Memang confirm aku masuk akan mengajar pelajar Tahun 1 dalam jurusan TPB.
TPB stands for Teknologi Pembinaan.
Cikgu-cikgu senior kat situ tersangatlah baik dan peramah.
Banyak sangat tolong aku sampaikan aku tak tahu nak balas macam mana jasa diorang.

Hari pertama mengajar dalam kelas TPB,
"Assalamualaikum... Saya cikgu Fatin yang akan mengajar kamu." Tersenyum paksa.
Seorang pelajar angkat tangan.
"Saya nak tahu. Nama penuh cikgu apa?" Tersengih-sengih.
Dalam hati aku, hai nama penuh pun nak tahu. Takpe layankan je dulu..
"Ehm...(tersenyum) Nama penuh cikgu Nurfatin Nasuha binti Ab Razak. Asal Johor."
Aku memang saja tambah asal aku mana. Gerenti mesti ada yang tanya.
Kemudian, aku pun berkenalan dengan mereka. Macam-macam keletah diorang ni.


Biasalah. Dalam ramai-ramai tu, ada je yang tak suka cara aku mengajar.
Tapi nak buat macam mana kan. Takkan dapat nak puaskan hati semua orang.
Ada sorang pelajar ni boleh pulak tak tegur aku.
Kebiasaannya dialah paling kecoh orangnya. selalu bertanya.
So,nak dijadikan cerita. Aku pun bertanya dengan dia.
Dia jawab endah tak endah. Just cakap kecik hati dengan aku je.
Wah!! Dah pandai kecik hati dengan cikgu. Ni mesti kes aku marah dia tempoh hari.
Yelah..tak betul. Aku tegur lah dalam nada tegas. If tu dia tak dapat terima,terpulanglah. 
Takkan sebab dia sorang, pelajar lain terjejas. Itu sorang...
Yang lagi sorang satu hal jugak.
Boleh pulak membidas tugas aku sebagai guru. Masa tu memang sentap.
Serta merta air mata mengalir. Bengang punya pasal.
Tapi ada jugak sorang ni yang baik budaknya. Terus datang jumpa aku.
Dia minta maaf dari pihak kawan dia. Tersentuh hati aku. Ada jugak yang memahami.
Itu baru pelajar dalam kelas. Tak masuk lagi pelajar luar kelas.


Aku dan beberapa orang guru praktikal lain sebagai warden sekolah. 
Ada beberapa pelajar perempuan kurang gemari cara aku. Siap dapat gelaran.
"Cikgu Kerek." Wow!! hebat betul. Haih. Aku hanya sabar je.
Pelajar lelaki ok je dengan aku. Aku tak memilih malah aku layan semua pelajar aku.
Niat aku nak mendidik. Aku dah anggap mereka semua dah macam adik aku sendiri.
Macam-macam aktiviti yang dilakukan sepanjang aku 3 bulan di KVMT.
Macam-macam pengalaman yang aku miliki sepanjang disana.
Bila dingatkan balik,kadang-kadang aku boleh tersenyum sorang-sorang. =)


Sekarang ni,..
Bekas pelajar-pelajar ada yang masih contact aku. Aku rasa lebih baik macam tu.
Macam-macam perkara yang mereka tanya. Aku akan cuba yang terbaik untuk jawab.
Yang penting, hubungan antara guru dengan pelajar takkan terputus macam tu je. 








nkckpckit : Semoga aku dapat jadi seorang guru yang baik. Amin.

Cikgu PN. Powered by Blogger.