Tanggungjawab Tahun Akhir

Assalamualaikum


Berlapuk blog ni. Akibat ditinggal lama.
Banyak perkara ingin dikongsikan tetapi......
Begitu banyak kekangan yang melanda.

Masa berlalu dengan pantas.
Hanya tinggal 6 bulan sahaja aku bergelar mahasiswa.
Tahun akhir ini begitu perit untuk aku.
Berkejar-kejaran masa.
Semuanya disebabkan tanggungjawab.
Tanggungjawab sebagai mahasiswa tahun akhir.

Projek Sarjana Muda (PSM) aka Final Year Project (FYP).
Benda inilah tanggungjawab yang perlu ditanggung..
sebagai mahasiswa tahun akhir.
Terus terang...
Banyak masa tidurku terkorban kerana dia.
Dan ada masanya jugak aku tak tido sebab mengadapnya.

Namun..
Projek,.projek juga..
Masa bersama rakan perlu diambil berat juga.
Maklumlah..dah tahun akhir..
Habis belajar,masing-masing bawa haluan masing-masing.
So,masa ni lah banyak luangkan masa bersama kawan-kawan.

Sekarang ni..aku boleh rehat lama-lama.
Tengah cuti semester , masa ni lah rehat puas-puas.
Naik semester baru ni, siap sedia jelah.









nkckpckit : Chillax~~

Cikgu PN. Powered by Blogger.