Sebuah perasaan yang terpendam

Assalamualaikum



Mungkin terlalu awal. Mungkin tidak.
Setiap pandangan berbeza. Aku tak menafikannya.
Hanya kerana terlepas kata-kata dan niat tanpa disedari...
Sebuah pertanyaan telah sampai ke pengetahuan kedua ibu bapaku.


Aku sudah menjangka keputusan mereka. Aku hanya berserah.
Aku hanya lah seorang anak yang mengikut kata-kata ibubapaku.
Kata mereka..ianya terlalu awal. 'Tidak' bukan bermaksud tidak suka. 
Cuma belum tiba masanya.
Aku risau yang amat. Aku risau jika mereka tidak menyukainya.
Setelah mereka menyatakan, mereka suka. Aku menarik nafas lega.


Aku terima keputusan mereka. Atas alasan keadaan keluarga.
Tambahan lagi, aku adalah anak sulung. Besar tanggungjawabku.
Sememangnya pandangan mereka tidak sama dengan ibubapa yang lain.
Aku harus menerimanya.


Jika ini yang terbaik, aku sanggup menunggu.
Tidak salah menunggu untuk yang terbaik.





nkckpckit : Suatu hari nanti...........InsyaAllah.

Cikgu PN. Powered by Blogger.