#2:4 TPB

Assalamualaikum



Diam tak diam..
dah masuk 3 minggu aku bergelar sebagai guru praktikal.
guru praktikal di Kolej Vokasional Melaka Tengah.

Setakat ni,. aku belum di 'observe' oleh pensyarah pembimbing dari UTM.
So, before that,. aku manja-manja mengenali pelajar-pelajar yang bakal aku didik nanti.
Nak dipendekkan cerita,aku dapatlah mengajar kelas 4TPB.
TPB stands for Teknologi Pembinaan.
4 TPB ni bukan bermaksud mereka ni Form 4 macam sekolah lain.
Actually,mereka adalah Tahun 1,Semester 1 dalam bidang Teknologi Pembinaan.
tapi kenapa 4?? entah...nanti aku tanya Pengarah. hihi

BTW,.
Mereka ni tersangatlah peramah..
yang laki nya suka lah sangat kacau aku.. means bergurau.
Ada saja yang nak kenakan aku..
yang perempuan pulak, manis-manis orangnya.
suka borak dengan aku..
Sometimes ada pelajar perempuan ni,..terpanggil aku 'akak'...
Hahahaha... Maunya aku tak tergelak.
Maklumlah,..terkejut dapat cikgu muda ni..
tapi apa-apa pun,.aku tak pernah beritahu mereka pasal umur aku yang sebenarnya.
takut mereka kurang hormat pada aku.

Yang lelakinya pulak tak dengar cakap.
Tempoh hari aku mengamuk besar.
Aku suruh mereka semua (1 kelas) berdiri,..
then,.aku marah lah dengan sikap mereka yang nakal tu.
maklumlah aku ni baru lagi..garangnya tak sangat.
sekali aku dah marah,.terdiam diorang..
nak tegur pun takut masa tu..
baru tahu siapa aku.. HAHAHA..
Tapi..sekejap ja. aku mula buat diorang rasa enjoy belajar.. =)

Yang jadi masalah aku sekarang,..
Diorang ni tak beberapa suka belajar teori dalam kelas.
Diorang ni lebih kepada amali.
Mana boleh macam tu.....??!!
sebelum amali,..teori dulu..
mana boleh main terus ja amali..
kadang-kadang tu geram jugak tengok budak-budak ni ada yang tido dalam kelas.
itu semua cabaran aku.
aku kene fikir macam mana nak bagi diorang seronok belajar teori..

Kusut,..kusut.....












nkckpckit : Comel ja semua..... ^_^

Cikgu PN. Powered by Blogger.