#1:As a teacher

Assalamualaikum...


Pada 18 Februari 2013, bermulalah hari aku sebagai guru praktikal..
Aku menjalani praktikal di Kolej Vokasional Melaka Tengah.
Yang dulunya adalah Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah.

Maklumlah, hari pertama kan..
Nervous nya tu.. amboi... meluap-luap...
lagi pulak aku duduk yang kini sebaris dengan guru-guru disini.
Rasa janggal tu memang ada.
ye lah.. dulu aku lah yang berbaris panjang bersama rakan-rakan yang lain..
tapi kali ni lain pulak,..aku duduk dihadapan mereka.

Cabaran sangat besar ketika aku disini.
ini semua disebabkan ini adalah kolej vokasional.
pelajar-pelajar vokasional tidak sama dengan pelajar-pelajar sekolah aliran teknik.
Apa perbezaannya?
dari jauh pun boleh tahu yang mana pelajar vokasional dan aliran teknik.
sikap dan sifat-sifat pelik yang ada pada pelajar vokasional merungsingkan aku.

bayangkan cikgu cakap pun taknak dengar..
ada yang tidur di belakang..
if ada yang dengar cakap pun, pasti *menganjing...
(menganjing means mengajuk semula ayat orang lain )
memang kesabaran harus lah tinggi menggunung.

cikgu-cikgu disini pun menasihatkan..
"jangan baik sangat, kena garang.. diorang ni bukan dengar cakap..."
ahhh...sudah.. macam mana nak garang...?
aku ni dah lah periang orangnya..suka ketawa..senyum memanjang... erk...apakah puji diri sendiri?

Ok lah.. aku nak pergi kelas kejap lagi..
kelas ganti untuk kelas 4SKM auto...
Tengah kusut memikirkan aktiviti masa kelas nanti..
Fuhhh!!!





nakckpckit : Penat sangat....

Cikgu PN. Powered by Blogger.