Salah faham

Assalamualaikum



Tumblr_m5ouh3dw921qfwp61o1_500_large


Alhamdulillah..
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi.
Atas segala nikmat yang diberikan kepadaku.
Namun,disebalik kesenangan,pasti terselit kepahitan.
iaitu ujian Allah kepada hambaNya.
Allah menguji hambaNya dengan ujian yang diturunkan olehNya.

Alhamdulillah..
Allah sayangkan aku.
Sebab itulah Allah turunkan ujian kepadaku.
Aku perlu bijak menguruskannya.
Sesungguhnya..Allah menguji hambaNya bukan luar dari batasan kemampuan hambaNya.

Apa yang aku alami kini,
tidak lah sebesar masalah yang dialami oleh orang luar sana.
Aku hanya perlu meningkatkan kesabaran diri ini di paling tertinggi.
Sabar dengan karenah manusia sekeliling.
Umpatan orang.
Fitnah orang..
Tugasku hanya lah bersabar.

Sebenarnya kisah ini..
telah lama aku alami...
hanya salah faham..
dan si batu api menghangatkan isu...
jadilah perkara besar...

dari sudut cara aku memandang mereka,
telah menjadi salah faham.
katanya aku 'buat muka' or moody sampaikan jeling mereka.
Astaghfirullah....Aku tak terfikir pon nak buat begitu.
Aku mencari bila masa aku lakukan begitu.
tapi ternyata memang tidak..
kenapa aku perlu buat begitu..
if ada masalah pun before this,aku lupakan saja.
dan mulakan hari baru.
but all of them.....telah salah faham.
Patutlah bila aku tegur mereka,mereka tidak layan aku.
Aku sangat sedih dengan sikap mereka.

kisah kedua.
Di facebook.
Kawan aku ni telah upload gambar kelas.
so,aku komenlah.
FN : Kan best kita macam ni...
A : kenapa ? ada perkauman ka?
FN : Aku tak pk macam tu pon.. kenapa? kau rasa begitu ka?
A : Kan best kita macam ni ? means?
FN : Aku cuma rasa seronok tengok kita happy macam ni. Tak pk lain pun. Please dont misunderstanding. =)
H : Kita happy ja lah..
FN : Baguslah begitu. Kita kekalkan ukhuwah kita begini yer. =)
L : Kita gaduh ka?

Hmmmm......
hanya dengan ayat 'kan best kita macam ni..'
telah menjadi isu hangat pula.
Aku beri ayat positif.
but why mereka negatifkan perkara itu.

So,aku bertindak padam semua komen aku.
Bukan aku pengecut..
tapi aku beralah...
malas nak berbalah dengan mereka.
nanti panjang pula cerita ini.

Tapi yang aku paling sedih...
Si muda perlu beralah dengan si tua.
Si muda pula dituduh macam-macam.
Aku tidak menyalahkan umur.
tapi kematangan umur perlu ada.

After this,
Aku bertindak mendiamkan diri.
If melibatkan isu besar,aku pasti akan face to face dengan mereka.
Dan slow talk. Bawa berbincang.

Baru sedikit ujian Allah ini.
Kini aku hanya berdoa.
Agar Allah kuatkan hatiku ini dalam menghadapi ujian ini.
Serta doakan yang baik-baik untuk abang and kakak-kakak di dalam kelas ku.



Tumblr_m0nagbr1xp1qdxa23o1_500_large





nkckpckit : biar orang tak tahu,asalkan Allah tahu niat kita. 

Cikgu PN. Powered by Blogger.