Perubahan

Assalamualaikum





Hari ini..
15 November 2012..
Bersamaan 1 Muharram 1434 Hijrah.

Emm...nak tahu berapa hijrah pun kena search Google..
Hmmm...
Betul lah kan... manusia ni mudah lupa.
If dulu-dulu,..sewaktu sekolah agama dulu..
Sentiasa ingat tarikh kalendar Islam..
Memanglah sentiasa ingat.
Setiap kali tulis tarikh di penjuru kiri buku latihan,..(tulisan jawi)
Tarikh kalendar Islam yang ditulis.
Tak pernah lupa..

Namun setelah hampir 7 tahun,..
tamat sekolah agama sehingga ke Darjah Khas,..
lupa sudah tarikh kalendar Islam.
tarikh yang memang tak lupa adalah,.
1 Muharram,1 Ramadhan,1 Syawal....
Itupun ada sebab ada peristiwa...
Emmm....

Berbalik pada tarikh hari ini...
1 Muharram 1434 Hijrah..
Bermulalah awal tahun bagi Islam..
Orang kata,...
kita perlu melakukan penghijrahan dari buruk ke baik...
tak kisah lah dari apa sudut pun...
dari sudut study ka,..
sikap ka...
cara hidup ka...
bergantung pada individu itu sendiri.

Dan ianya jugak...
bergantung kepada kesedaran individu itu sendiri..
Alhamdulillah..
Aku adalah salah seorang individu yang memiliki kesedaran mengenai penghijrahan ini..

Mungkin agak klise..
setiap kali masuk awal Muharram..
baru nak berubah..
Apa-apa pun,..itu adalah lebih baik dari individu yang tidak ada kearah perubahan.

Actually,..
sebelum masuknya awal Muharram,..
aku telah pun memiliki kesedaran untuk berubah kearah kebaikan..
dan...
aku telah berusaha kearahnya..
Kita ini hanyalah insan biasa..
perlukan perubahan secara perlahan-lahan..
bukan mudah perubahan secara drastik.

Alhamdulillah..
Aku telah diberi peluang untuk berubah.
Biar perlahan,asalkan istiqamah..
=)

Apa perubahan aku??  Sambil tersenyum..... 
Itu biarlah antara aku dan Penciptaku..
biarlah Dia yang menilaiku..
Kerana...Dialah sebaik-baik pemberi balasan..
Semoga aku beristiqamah dalam menjalani perubahan.
InsyaAllah...
=)




nkckpckit : Subhanallah.

Cikgu PN. Powered by Blogger.