Tarawih

Assalamualaikum


Kini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Kepada yang puasa penuh sehingga ke hari ini,..Alhamdulillah..^_^

Rasanya,PN masih lagi nak bercerita mengenai bulan puasa.
Di bulan Ramadhan lah,pahala dan ganjaran berlipat kali ganda untuk diberikan kepada hamba-hambaNya yang melakukan ibadah. InsyaAllah.

Apabila tiba saja bulan Ramadhan,sudah tentu solat Tarawih lah solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak. Selain dari membaca al-Quran,menderma etc. solat Tarawih juga amalan yang boleh menambahkan ganjaran kepada diri kita. Ianya penuh fadilat pada setiap malam Ramadhan.



Kelebihan Solat Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Saya telah mendengar sabda RASULULLAH S.A.W mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


Solat Tarawih yang dikerjakan sama ada sebanyak 20 rakaat atau 8 rakaat. Bergantung kepada individu tersebut. Yang penting niat dan hati penuh keimanan dan megharapkan keredhaan Allah.

Semoga kita sama-sama dapat fadilat tersebut. Amin.






nkckpckit : Diri ini sedang berubah.

Cikgu PN. Powered by Blogger.