Mana hilangnya kemanusiaan ?

Assalamualaikum



Malam ke-20 Ramadhan
Selepas rakaat ke-4 solat Tarawih selesai,aku berdiri semula untuk yang seterusnya. But today's quite weird. Aku duduk semula.
Seorang lelaki Melayu bersama seorang lelaki berjanggut berbangsa Arab kelihatan menuju di hadapan jamaah.
"Assalamualaikum. Sebelum kita meneruskan solat Tarawih,disini kami ingin menyampaikan tazkirah selama 15  minit. Sebelum itu saya memperkenalkan lelaki di sebelah saya iaitu (......namaya saya tak dapat dengar dengan jelas.....) berasal dari Palestin. Beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Israel selama 15 tahun. Belaiau akan berkongsi mengenai kisah kehidupan di Palestin serba sedikit. Agar ianya dapat memberikan manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah." kata lelaki Melayu itu.

'Owh..patutlah ada tabung depan aku ni.Aduh...ruginya tak bawa duit..!' Keluh aku.

Emm..warga Palestin? Dipenjarakan oleh Israel? Selama 15 tahun ?

"Saya dipenjarakan kerana solat Subuh di sebuah masjid."

Solat Subuh pun kena penjara ?
Bukan membunuh,mencuri,merompak etc.
Itu bagi yang dipenjarakan.....
Bagi yang dibunuh,ditembak.....?? Syahidlah ganjarannya.

Mana hilangnya kemanusiaan..??
Mungkin kita dah lali dengan cerita-cerita dari Palestin.
Ada yang dah jemu,ada yang masih bersedih. Wallahualam.

Mana datangnya perangai seperti binatang tu...??
Haiwan pun masih baik lagi.

Itu hal Palestin dengan rejim yahudi.
Kini,...hal etnik Muslim Rohingya dengan etnik Buddha Rakhie di Myanmar.
Hmmm....
Mungkin ada lagi kes begini yang aku tak tahu.

Ya Allah...
Yang Maha Mengetahui dengan apa yang berlaku.

Aku bersyukur.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Bersyukur dengan kehidupanku yang sederhana.
Tidak lebih,tidak kurang.






nkckpckit : Belajar erti bersyukur.

Cikgu PN. Powered by Blogger.