Soalan dari rakan....

Assalamualaikum



Dah seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah,.. Diri ini masih berpeluang untuk menjalani ibadah puasa. Segala pujian kepada Allah.

Di siang hari kita menjalani ibadah puasa,di malam hari kita berpeluang menjalani ibadah solat Tarawih. Alhamdulillah sekali lagi. Bulan puasa yang datang once a year,jangan kita sia-siakan. Banyak kelebihan yang boleh kita peroleh. ^_^

Lama juga PN memikirkan apa yang nak di update di dalam blog serba putih ni. Tiba-tiba teringat kawan PN pernah bertanya ;

"Kenapa kau berblogging ? Apa yang ada dalam blog kau ?"

Soalan tu kena jawab tu....
Rasanya PN belum pernah lagi bercerita mengenai blog PN sebenarnya.. That's why menjadi tanda tanya.


SIAPA PN SEBENARNYA ?
First of all,I would like to introduce myself..mcm sekolah2 gitu....
My name is Princess Nasuha,but my real name is Nurfatin Nasuha.
Kenapa ngada-ngada sangat letak princess di awal Nasuha,sedangkan lagi terang bersuluh Fatin disitu.
Bukan ngada-ngada yer kawan-kawan,ada kisahnya tersendiri saya menggelarkan diri ini PN.
Ini semua kerana sepupu saya. 
Diri ini merupakan penuntut UTM dalam bidang Pendidikan Teknikal (teacher wannabe) yang kini telah memasuki Tahun 3. Seorang periang tapi kadang-kadang ter'overexcited'. Biasa lah tu. Amboi....


APA YANG ADA DALAM BLOG NI ?
If sekarang banyak blog mengenai fesyen and modelling,dalam blog ni banyak mengenai outdoor activities and photography. 
PN lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti lasak yang PN join di UTM. FYI,ramai Muslimah yang berminat dengan aktiviti ini termasuklah PN. Seronok,mencabar dan memiliki fizikal sihat dan kuat. InsyaAllah. Antara aktiviti yang PN lakukan adalah wall climbing, hiking and cycling. Kita dituntut untuk bersukan disamping tidak membelakangkan tuntutan menunaikan solat serta menjaga adab pergaulan. 
Other than that,photography juga elemen dalam blog serba putih ni. Dengan berbekalkan nikon D3000,PN mengambil gambar yang PN rasakan menarik dan gambar pemandangan ciptaan Allah. Actually,PN masih lagi belajar untuk mendapatkan gambar yang baik dan cantik. PN sengaja pamerkan di blog,if ada sifu-sifu tengok,ada yang tak betul,bolehlah di ajar nya saya ini. ^_^
Selain itu,PN turut selitkan beberapa fakta yang menarik nak dikongsikan serta kisah hidup PN sebagai khalifah di muka bumi ini. 
Last but not least,di dalam blog ini tiada unsur LUCAH dan POLITIK. politik2 belakang cite...


KENAPA AKU BERBLOGGING ?
Blog lah tempat PN luahkan dan kongsikan sesuatu. Ianya medium yang sesuai untuk digunakan sebagai tempat berkongsi. 


Rasanya ini dah cukup untuk menjawab soalan rakan tersebut. ^_^








nkckpckit : Semoga hati yang hitam menjadi bersih. InsyaAllah.

Cikgu PN. Powered by Blogger.